Tuesday, 17 September 2013

Kau manusia, hamba Allah paling mulia.

"Kau tahu apa itu dosa?"

"Pernah kau diuji pelbagai rintangan sampai kau putus harapan?"

"Siapa yang disana bila kau down?"

"Manusia atau tuhan yang menemani dikala kau sedih?"

"Sudah ucapkan terima kasih padaNya?"

"Wardrobe dipenuhi baju yang akan dibawa ke neraka atau syurga?




Fikir, fikir, fikir. Fikir sampai kau kenali isi hati. Siapa diri kau, kenapa kau masih hidup. Apa tujuan kau dicipta kalau bukan untuk memperjuangkan agama Islam? Setiap orang berbeza, dari Africa Selatan hinggalah Canada.

Seribu soalan melintas dalam minda. Tapi malang, tiada jawapan mampu aku beri. Sebenarnya, apa perasaan ini? Rasa berat, dibebani dengan sesuatu, hati tak tenang. Itulah dosa. Mengumpat, tinggalkan solat, menyakitkan hati manusia. Sungguh; aku tak pernah lari dari kesilapan. Kau juga wahai pembaca blog ini, kau juga seorang manusia. Yang. Tidak. Pernah. Lari. Dari. Kesilapan.

Manusia dilahirkan dalam keadaan suci, murni, bersih dari dosa dan noda. Tapi kerana, ini dunia. Penjara kita. Sedikit demi sedikit, masa demi masa, badan yang suci itu disentuhi dosa dosa dunia. Tak kira lagha atau yang sengaja. Itu normal. Biasa lah kan.

Kau pernah rasa malu gila gila sebab kaudiperbuat daripada tanah? Yelah. Bila baca pasal bidadari/bidadara syurga atau malaikat-malaikat Allah, rasa hina kan? Rasa diperbandingkan langit dan bumi. Tapi kau tak pernah nak amik kesah....

"Manusia merupakan ciptaan Allah paling mulia."
Taknak menipu tapi itulah hakikatnya. Beruntung kan kita?

No comments:

Post a Comment