Wahidun, isnani, salasatun. Kawan, sahabat, teman, semua ada nickname sendiri. Aku pula, sahabat fillah. Entry ni aku tujukan kepada sahabat sahabat diluar sana. Yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Yang tidak jemu mengajak kepada kebaikan. Yang sabar apabila diejek 'bajet alim' 'budak kisas' 'payung terjun' dan macam macam lagi.
Kau tahu, aku pernah jumpa seorang perempuan ni. Dia pandai, cantik, alim, baik, lemah lembut. Dia ditawarkan untuk masuk sekolah agama yang paling top! Tapi dia tolak. Aku rasa aneh. Kenapa dia tolak? Kenapa dia nak sekolah di sini?

Satu hari, aku beranikan diri tanya pada dia....
"Assalamualaikum. Nak tanya boleh?"
"Waalaikumusalam. :) Oh awak! Tanya lah."
"Kenapa awak nak sekolah sini dan bukannya sekolah agama tu?"
Dia ambil nafas dalam-dalam lepastu pejam mata. Kemudian, dia pandang aku. Dengan satu senyuman yang mampu mencairkan hati jutaan lelaki.
"Macam ni... Sekolah ni, perlukan penyelamat yang terdiri daripada kalangan mereka. Saya perlu jadi penyelamat tu. Senang kata, saya nak bimbing mereka ke jalan Allah."
Masatu mulut aku ternganga besar sampai gajah pun muat. Terkedu dengan penjelasan dia. Baru 13 tahun dah matang. Tiba tiba, rasa malu menyelubungi diri. Aku.... malu.
"Penyelamat yang macam mana ya?"
"Cuba tengok hujung tandas sana tu, kira berapa orang. Ada dalam 12 pelajar perempuan yang merayau entah ke mana, dating dengan entah siapa. Siapa yang akan bimbing mereka?"
"Ahh report la ustazah Arbaiah dgn ustazah Indana senang citer~"
"Jangan. Mungkin ini kali pertama mereka melakukan perkara macamtu. Mereka tak tahu halal dan haram sebab mereka tak diajar sejak kecil. So.... disini lah peranan 'penyelamat' tu digunakan. Kejap eh."
"Eh awak nak gi mana?!"
Seketika kemudian, dia berdiri dan menuju ke arah kumpulan tersebut. Aku perati je kumpulan tu. Ada yg muka sebak, ada yg muka tak puas hati, ada yang bler tahap ghaban. Lepastu, dia datang semula. Aku tanya kat dia...
"Err... Awak buat apa?"
"Takde pape. Bagi nasihat je kot. Kenapa?"
Sejak dari haritu, aku sedar aku ni siapa. Dah jauh tersimpang. Bersyukur, Allah dah hadirkan seorang penyelamat.Bersyukur, sekarang dia menjadi kawan baik aku. Dan sekarang, kami berdua akan berdakwah bersama-sama.
No comments:
Post a Comment