Monday, 4 November 2013

#hijrahsaya



"AAAAAAAA! Nganga mulut tu besar besar ye."

"Tanak. Nanti abah cabut gigi."

"Takdelah. Abah nak check je sakit nya kat mana. Percayalah abah~"

"Yelah" *nganga mulut*

"Oh ni kena jumpa doktor gigi ni."

"TAK MAHU!!! ADIK TAKNAK JUMPA DOKTOR GIGI NANTI SAKIT!"

"Dik, sakitnya sekejap je. Lagipun sape suruh tak gosok gigi kan? Padanmuka lah. Abah dah suruh jaga gigi tak nak jugak kan? Padanmuka lagi sekali."

"Hmm.."


So, kamu semua faham tak cerita kat atas? Bukannya pasai budak kecik sakit gigi tapi pasai seorang hamba dan tuhannya yakni Allah s.w.t. Allah bagi kita banyak masa untuk beribadah dan bertaubat dan berbaik sesama manusia tetapi syaitan tarik kita dalam dalam sampai tak boleh keluar. Dalam lubang yang kecil, sempit dan kotor tu, Allah tarik kau keluar. Sehina-hina kau pun Dia masih boleh pandang, Dia masih boleh bantu.

Tak rasa malu ke?

Dan, Allah dah berfirman dalam Al-quran, suruh kita tutup aurat, jaga solat, selalu ingat nabi. Tapiiiii kita buat tak? Kita laksanakan perintah Dia tak? Kalau ye, alhamdulillah. Kalau tak, sekarang waktunya untuk berubah. Kita perlu cari makcik Hidayah, bukannya tunggu tercongok depan pintu tunggu dia ketuk "Hoi! Tak sedar sedar lagi ke hang tu banyak dosa?! Umur dah 18 tapi tak tahu hukum hakam. Neraka tempatnya!"


Dan, maksud aku dengan 'tanak jumpa doktor' sebab budak kecil tu malu. Gigi dia rosak, buruk. Mulutnya busuk. Sama macam situasi hamba dan Allah. Hamba malu dan berjumpa dengan Allah sebab hati dia kosong, calar balar, rosak, penuh dengan bintik-biktik hitam. But yet, Allah masih terima dia.


Allah itu bersifat Ar-Rahim yang bermaksud Maha Pengasih.

No comments:

Post a Comment