Saturday, 4 January 2014

Pabila izrail datang memanggil....

Aku terdetik hati nak buat entry ni lepas baca status kat wechat. Bismillahirahmanirahim.

Tengah online, main fifa, chat chat, tweet tweet dalam bilik. Subuh ke mana, zuhur lagi ah. Pukul 4.00 dan Z masih di atas katil. Cuti sekolah. Almaklumlah. Tetiba terbaca satu post kat fb, 'sakitnya sakaratul maut'.

Uuuuu intereshting! *scroll*

Seorang lelaki yang alim dan mantop ilmunya bercerita dalam mimpi rakannya tentang sakitnya ketika hendak mati. Dia, setiap hari tahajjud, setiap hari pi masjid, setiap masa pegang tasbih (istigfar), SETIAP KAAALI!
Tapi bila dia hendak menemui Allah, dia rasa sakit yang tak terhingga. Sehinggalah dia berada di tempat yang tenang, dia masih rasa kesakitan mati. Dan wajah izrail. Pewgh. Bayangkan. Malu tak? Takut tak? What if... Korang yang tengah online ni tetiba mati? Tetiba je malaikat izrail ketuk pintu kata dah tiba masanya. *hempuk dahi* alamak subuh aku tinggal! Aku gaduh dengan hilmi semalam! Mak terasa aku hempas pintu! Tungguu... Aku mahu bertaubat....

Heck no la kan.



Kita takut pada mati, malaikat izrail, budak yang selalu buli orang kat sekolah, lipas, basikal pancit, mak. Tapi adakah kita takut pada Allah juga? Bukan takut seperti takut mengigigigigil. Tapi takut yang diselit rindu dan sayang padaNya. Sayang sebab Dia beri kita yang terbaik. Rindu sebab... Setiap malam duduk atas sejadah, tapi tak dapat rasa Dia memandang pada kita. Hanya Allah sahaja kita punyai rasa itu. Hanya Dia. Okbai asalam!

No comments:

Post a Comment