please ye awak. jaga maruah tu.
aku cuba nak serius dalam entry ni. jgn buat aku gelak. ok.
banyak kali kita tengok dekat laman sosial. orang berdakwah. tapi, betul ke mereka berdakwah kerana Allah? atau kerana nak HOT? astagfirulahalazim.
kalau kita ni pendakwah, cuba cerminkan diri sendiri dulu.
cuba tengok, kalau ayah/ibu panggil kita untuk kemas rumah. apa reaksi kita?
memang manusia tak sempurna. dan manusia takkan pernah sempurna. nabi muhammad pun pernah buat kesalahan. bayangkan, kekasih Allah yg dicintai ramai itu pun pernah buat kesalahan. apatah lagi kita yg jahil ni?
manusia dicipta untuk saling melengkapi. for eg: khairul dan iman kawan baik. satu hari, khairul buat salah. dia ..... ada la. dia buat salah. iman pun datang, dia bagi nasihat dekat khairul. akhirnya, khairul kembali ke pangkal jalan. itu baru boleh digelar 'sahabat'.
bukan mcm zaman skrg ni, jumpa kat twitter/facebook, kenal kenal sekejap je.
and then, dia digelar 'sahabat'. WHAT THE PISANG?!?!
ok ok. aku dah mula tersasar daripada tajuk. maafkan aku.
sejujurnya..... perjalanan aku masih jauh. kita semua masih jauh. jauh dari Dia.
semoga Allah memberikan mu syurga. semoga Allah jauhkanmu dari api neraka. semoga Allah jaga aibmu sebagaimana kau jaga aib orang lain.
aku ada lihat. remaja di facebook, blog, twitter. semuanya tak kenal erti malu.
semuanya cerita tentang dosa mereka. ya Allah... :'(
aku sendiri cuba sorokkan dosa aku. mereka? mereka senang lenang je cerita.
siapa mereka tu? biarlah rahsia.
aku tidak mahu menyebarkan aib orang. hm. aku masih tak tahu kenapa aku sangat anti bab 'sebarkan aib' ni. aku cuba selidik. cuba tanya hati. tapi... hampa.
setakat ni... aku masih belum menegur sesiapa. maksud aku. yg melakukan kesalahan secara TERANG TERANGAN. (uuuuu seramnyaaaa)
cuma.. aku tak punyai keberanian. ehmm. lemahnya aku.
maafkan aku sekali lagi. assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment