Harini 21 january 2012 yakni hari lahir Muhammad Aizat Amdan. *jerit*
ok ok maaf. takde kena mengena langsung.
waktu sekolah tadi, masa solat asar. saya lihat banyak kerenah manusia.
ustazah sudah "Allahuakbar!" tapi masih ada yang bergurau senda di tepi tepi tangga. yang terhegeh hegeh ke tempat mengambil wuduk. ada juga yang baru sampai di pagar surau walaupun ustazah sudah masuk rakaat ke 2 !
astagfirulahalazim. sedarkanlah mereka sebelum tertutup pintu taubat. :'(
"Allahuakbar!" ustazah angkat takbir. sudah masuk rakaat ke tiga. tapi... mataku masih lagi dapat melihat beberapa orang pelajar yg masih berkeliaran. masih bergelak ketawa, bergurau senda.
bila masuk rakaat ke empat. mulalah mereka masuk ke dalam saf. itupun saf yg terakhirrrr sekali.
ish ish ish.
dengan telekung yang pendek, stoking yang jarang dan pendek, baju yang ketat, tudung kontot paras bahu. astagfirulahalazim.
bukan nak mengeji atau mengutuk atau mengata atau mengumpat atau blablabla. (ish banyak songeh la)
tapi nak awak semua tahu. sebelum menghadap Allah s.w.t, kenalah pakai sopan sopan, pakai wangi wangi, indah indah, tutup aurat.
kan Allah cipta kita dengan penuh kasih sayang? kenapa kita tak ucapkan terima kasih dengan memakai baju tutup aurat untuk solat?
kenapa? kenapa? kenapa?
tepuk dada, tanya iman. tanya hati tuw. kenapa ehh?
tapi jangan cakap yg saya ni sempurna. saya juga pernah buat kesalahan.
tapi, sebagai seorang muslimah. saya nak tegur kawan2 saya tu. yang tersasar sedikit dari jalan Allah.
hikhik jangan marah saya.
kalau nak pinjam telekung, ambil la kat belakang almari tu. kan ada telekung lebih? kain pun ada.
buanglah sifat malas nak sembahyang. tahu tak org dekat kubur tu menangis air mata darah nak bertaubat.
kita pula? "wat lek ah. kita kan remaja lagi."
pe kehal hang ni???? maut tak kira pangkat, umur, darjat, harta, rupa paras OK?
JELAS KE TAK NI?!! *muka serius* hahahahahahahaha lapar la pulak.
sampai di sini sahaja. semoga entry ini dapat memberi manfaat dekat awok awok cemua.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment