Saturday, 2 March 2013

bila hati dah niat nak berubah, jangan dibiarkan. teruskan sahaja!

percayalah kata kata ku wahai sahabat. sesungguhnya, aku tak pandai menipu.

sewaktu di zaman jahiliyyah, memang kita tak tahu perbuatan kita tu sebenarnya salah.

bercouple, tudung pendek, seluar ketat, baju jarang. memang kita akan sangkakan "eleh biasa je." "sesi pagi pun buat macam tu jugak."

tapi................... bila dah sedar. bila dah tahu apa yang betul dan salah, rasa malu. terpaksa tebalkan muka.

hey betul lah saya cakap! takkan nak tipu kot! saya pun pernah alaminya. (sekali je)

akan tiba satu hari nanti, terdetik dalam hati "eh aku ni bila nak berubah?" "mati kan bila bila masa je."

 ha. tu bermaksud... Allah cuba nak sedarkan kita. tengok bertapa sayangnya Dia pada kita? hihi

kalau dibandingkan, kasih sayang para para ibu di seluruh dunia dari zaman nabi Adam hingga zaman kita sekarang ni, takkan dapat menyamai kasih sayang Allah s.w.t terhadap hamba hambaNya. :)

wow ayat atas tu buat saya tersenyum. wee wuu :D

kemudian, mulalah kita pakai tudung yang labuh sikit daripada yg dulu. pakai baju yang tak ketat. jaga pergaulan.

ingat eh, bila dah berubah, jangan pandang belakang. seolah olah kau masuk syurga. dalam perjalanan tu, kau amik keputusan nak terjun masuk neraka.

kadang kadang, Allah uji kita. dah elok elok pakai baju tutup aurat, timbul satu perasaan ni. contohnya? contohnya ialah.... riak, cinta, nak pakai tudung lama balik, sombong.

dan, kita kena la tetapkan pendirian. berubah kerana Allah!

owkeyz tu je kot saya rasa. banyak lagi nak cerita, cuma ada orang asyik membebel dari tadi. hihi bye. assalamualaikum. :)


No comments:

Post a Comment