dalam bab ni la yang semua orang confius. aku pun confius jugak kadang kadang tapi, aku tahu mana satu yang betul.
sebelah kanan, berdiri seorang sahabat yang sentiasa berada di kala kau sedih dan gembira. tak pernah tinggalkan kau. memahami. sentiasa tegur kesalahan. senang kata, dia sahabat dunia akhirat kau.
toleh belah kiri, ada seorang kekasih yang kita cintai. dah couple 3 tahun. rancang nak kahwin. janji janji manis tu rasanya kalau sumbat dalam gunung everest pun tak muat. selalu buat kau sedih, tapi kau masih nakkan dia.
satu hari, gaduh dengan kekasih (because boyfriend and girlfriend sounds cheap). datang jumpa sahabat, ngadu semua masalah, menangis di bahu dia. sahabat tu la yang beri kau kata kata semangat. yang selalu sokong kau dari belakang. lindungi kau dari tepi. sentiasa menemani kau sepanjang masa.
dan sahabat tu la yang tolong dalam hubungan kau dengan kekasih.
tiba- tiba, si kekasih cemburu buta. katanya terlalu rapat dengan sahabat.
demi cinta yang sudah terjalin selama 3 tahun, (uyyo manyaknya maksiat) kau sanggup tinggalkan sahabat kau demi seorang kekasih.
si kekasih tak pernah fahami kau. tak pernah hargai kau, tak pernah ingat birthday kau. masalah kau pun dia tak kisah. jadi, adakah berbaloi tinggalkan seorang kekasih untuk seorang sahabat yang baik?
TAK! tak berbaloi langsung. sebenarnya, kau yang rugi. *ambil calculator*
"Aku tak mahu termasuk dalam golongan yang mementingkan cinta daripada kawan" - hafiz
No comments:
Post a Comment